Pages

27 November 2010

Peringatan 1

Menurut Imam Al-Ghazalli: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. 

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. 
Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. 

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. 

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. 

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

No comments:

Post a Comment